Khasiat Buah - Buahan dan Belimbing Wuluh
BUAH-BUAHAN
adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi
sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya. Buah
kiwi misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik untuk
magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C sebanyak dua
kali ganda berbanding sebiji buah oren.
Begitu juga apel, sebiji sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan dan flavanoids, yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C, secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.
Buah
oren pula adalah antara ‘ubat’ paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah
berkenaan sehari, boleh menjauhkan selesema, kolesterol mencegah dan melarutkan
batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah kolon. Buah
mangga juga mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu
mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi
lelaki.
Menerangkan
fakta itu, pakar diet klinikal, Tan Yen Sing, berkata di sebalik rasa yang enak
dan segar, mangga juga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat.
Malah, ia juga mengandung antioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas,
penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.
Tan berkata, selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.
Dengan
ada semua khasiat itu dalam buah mangga ia turut membuatkan pengaliran darah
dalam tubuh berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika
melakukan hubungan seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih
sihat.
Kempen
anjuran MBG Fruitsshop itu bertujuan membantu menjelaskan mengenai hasil kajian
kesihatan terkini kepada rakyat Malaysia, di samping mendidik dan menyebarkan
maklumat terkini sebagai panduan. Kempen berkenaan dilancarkan oleh Pengarah
Urusan MBG Fuitshop, Adnan Lee bersama dua selebriti, Jojo Struys dan Hansen
Lee.
Baik
Untuk Kesihatan
Tan berkata, pengambilan
buah-buahan sama ada yang diimport mahu pun tempatan adalah baik dan memberi
manfaat kepada kesihatan. Ini dibuktikan oleh banyak hasil penyelidikan di
seluruh negara. Banyak manfaat buah-buahan dibuktikan dari segi saintifik,
justeru, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dari pelbagai peringkat usia
sentiasa digalak atau menjadikan buah-buahan sebagai satu hidangan wajib dalam
menu harian.
Beliau berkata, pada 2005, lebih
17 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka itu mencerminkan
30 peratus daripada kematian global. Kajian turut menunjukkan pengambilan lebih
daripada lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari mengurangkan sehingga 17
peratus penyakit jantung koronari.
Kajian lain pula mendedahkan,
kira-kira 19 peratus pengidap kanser usus dan 31 peratus pesakit yang mengalami
pembuluh tersumbat didapati kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
Antara khasiat penting yang
terdapat dalam buah-buahan ialah kandungan seratnya terutama membantu
pencernaan. Bagi orang dewasa, pengambilan serat yang diperlukan ialah 20 gram
hingga 35 gram sehari manakala kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ialah tiga
gram hingga 18 gram.
Bagaimanapun, secara purata
rakyat Malaysia yang dewasa mengambil kurang daripada 12 gram serat sehari dan
ini sudah tentu belum mencukupi. Antara buah-buahan yang kaya dengan khasiat
serat ialah epal, pisang, anggur, kiwi dan mangga.
Tanpa pengambilan serat, makanan
mengambil masa antara 70 jam hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman.
Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat
melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan
bahan beracun yang terdapat dalam usus besar serta mempercepatkan
pengeluarannya dari tubuh.
Tan berkata, buah-buahan boleh
diambil setengah jam sebelum atau selepas makan. Sebaiknya, alas perut dulu dan
jangan memakannya secara tiba-tiba kerana ia boleh memberi kesan pada perut
jika tidak biasa. Pengambilan buah-buahan sebaik-baiknya dipelbagaikan, malah
lebih elok jika dalam pelbagai warna seperti pelangi kerana ia dapat menjamin
khasiat yang lebih banyak dapat dinikmati.
Nikmati Buah-Buahan
Ada
pelbagai cara untuk menikmati buah-buahan dengan lebih menyelerakan. Misalnya,
jika ingin menjadikan pemanis mulut, anda boleh letakkan ais krim di atasnya
atau tambahkan dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis terutama jika makan
mangga kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk mendapatkan tidur yang
lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang mencadangkan minum susu panas
terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi.
Bagi
yang ada penyakit tertentu atau mempunyai masalah kesihatan, perlulah
berhati-hati dan bersikap memilih. Ini kerana ada buah-buahan tertentu, mungkin
tidak sesuai diambil. Contohnya, jika individu berkenaan mempunyai masalah
penyakit buah pinggang kronik, jangan sama sekali mengambil buah belimbing
kerana pengambilannya boleh memburukkan keadaan.
Khasiat Buah-Buahan:
Anggur/kismis
Mengurangkan
risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan,
antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular,
kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
Jeruk
Menjaga
kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai
kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan
darah.
Apel
Mencegah
demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser
dan anti oksidan.
Pear
Antioksidan,
menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung,
menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan,
menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.
Pisang
kaki
Menjaga
kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan
antioksidan.
Mangga
Antikanser,
menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit,
membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran
panas.
Kiwi
Membantu
mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan
kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek
nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan
kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan
prostat.
Pisang
Antikemurungan
(membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah,
meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga
kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga
sembelit.
Belimbing Wuluh
Khasiat
dan Manfaat Buah Belimbing Wuluh/Waluh untuk kesehatan dan bagi kecantikan.
Belimbing wuluh dengan nama latin (avverhoa bilimbi) adalah jenis buah
belimbing sayur, konon asalnya asli benua Amerika tetapi ada juga yang berasal
dari kepulauan maluku. Rasa buahnya asam sehingga membuat Belimbing wuluh kerap
digunakan sebagai bahan campuran (Bumbu Masakan) untuk mendapatkan rasa asam
alami di berbagai masakan kuliner tradisional Indonesia.
Ternyata
manfaat belimbing wuluh ternyata tak hanya sebatas itu. Tanaman ini juga
memiliki berbagai khasiat obat bagi kesehatan dan kecantikan. Selain sebagai
obat batuk, belimbing wuluh insyallah juga bisa digunakan sebagai obat, sariawan,
pegal linu, sakit gigi, gondongan, rematik, jerawat, panu, dan darah tinggi.
Tanaman
multi fungsi ini dikenal untuk setiap daerah di Indonesia dengan nama berbeda -
beda ada yang menyebut limeng, selemeng, baliembieng, blingbing buloh, limbi,
limbi, tukurela, dan malibi. Tanaman Belimbing Wuluh Dapat tumbuh bebas dan
mudah tanpa perlakuan khusus di seluruh Indonesia Tinggi pohon belimbing wuluh
bisa mencapai ketinggian 10 meter.
Belimbing
sayur memiliki berbagai kandungan kimia, antara lain saponin, tanin, glukosid,
kalsium oksalat, sulfur, asam format, peroksida, dan kalium sitrat. Dalam
farmakologi Cina tanaman ini dikenal bisa menghilangkan rasa sakit, memperbanyak
pengeluaran empedu, antiradang, dan peluruh kencing.
khasiat dan manfaat belimbing wuluh lengkap adalah sebagai berikut :
- Mengatasi batuk. Ambil bunga belimbing wuluh sebanyak 25 kuntum, satu jari rimpang temu giring, satu jari kulit kayu manis, satu jari kencur, dua siung Bawang merah, 1/4 genggam pegagan, 1/4 genggam daun saga, 1/4 genggam daun inggu, 1/4 genggam daun sendok, dicuci dan dipotong-potong. Kemudian rebus dengan lima gelas air sampai tersisa separonya. Saring ramuan rebusan ini dan minum dengan madu sebanyak 3 kali 3/4 gelas sehari.
- Mengatasi batuk rejan. Ambil sebanyak 10 buah belimbing wuluh dicuci bersih, remas dengan dua sendok air garam. Kemudian saring dan minum dua kali sehari.
- Obat batuk pada anak. Segenggam bunga belimbing wuluh, beberapa butir adas, dan gula secukupnya ditambah satu cangkir air. Campuran ditim selama beberapa jam. Setelah dingin disaring dengan kain dan dibagi untuk dua kali minum, pagi dan malam saat perut masih kosong.
- Obat gondongan. Sepuluh ranting muda belimbing wuluh beserta daunnya ditambah empat butir bawang merah ditumbuk sampai halus. Kemudian ramuan dibalurkan di tempat yang sakit.
- Untuk rematik. Satu (1) ons daun muda belimbing wuluh, 10 biji cengkeh, 15 biji merica, digiling halus. Kemudian tambahkan cuka putih secukupnya hingga menyerupai bubur dan oleskan di tempat yang sakit. Untuk sariawan, segenggam bunga belimbing wuluh direbus dengan tiga gelas air hingga tersisa 2,5 gelas. Setelah dingin disaring lalu diminum tiga kali 3/4 gelas.
- Untuk obat Jerawat. Ambil buah belimbing wuluh secukupnya lalu ditumbuk halus. Ramuan diremas dengan garam secukupnya dan digunakan untuk menggosok muka yang berjerawat. Obat panu, 10 buah belimbing wuluh dicuci lalu digiling halus. Tambahkan sedikit kapur sirih, diremas sampai rata. Ramuan digunakan untuk menggosok kulit berpanu sebanyak dua kali sehari. (kreasimasakan.blogspot.com)
- Obat darah tinggi. Tiga buah belimbing wuluh
dipotong-potong, rebus dengan tiga gelas air sampai tersisa satu gelas.
Setelah dingin disaring dan diminum setelah makan pagi. Mengatasi sakit
gigi berlubang, lima buah belimbing wuluh dimakan dengan sedikit garam,
kunyah di tempat gigi yang berlubang.
Tambahan : - Buah Belimbing Wuluh juga dapat digunakan sebagai sumber listrik dengan cara dibuat Jus Belimbing Wuluh.
- Bunga Belimbing Wuluh dapat digunakan sebagai Obat Infeksi tenggorokan pada anak.
Powered by Cabloggg |
Post a Comment